Sedia Berkhidmat

Posted by John01 | 8:11 AM

Pasukan Bantuan Sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Kelantan (PBS3kn) merupakan salah satu Unit yang aktif dalam Bulan Sabit Merah Negeri Kelantan. Unit ini aktif dalam semua bidang terutama dalam mengendalikan sesuatu aktiviti dan program. Ahli-ahli PBS3kn sering dijemput dan dilantik sebagai fasilitator dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh badan kerajaan dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

Aktiviti perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang kerap dikendalikan oleh ahli PBS3kn. Kebanyakkan jemputan untuk mengendalikan aktiviti perkhemahan ini adalah dari sekolah-sekolah sekitar bandar Kota Bharu. Ahli-ahli PBS3kn juga menerima jemputan bagi program motivasi pelajar-pelajar sekolah. Selain mengedalikan aktiviti dan program, ahli-ahli PBS3kn merupakan tenaga pengajar bagi pertolongan cemas dan kawat kaki. Ahli-ahli PBS3kn yang terlibat menjadi tenaga pengajar ini akan mengajar ahli-ahli Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah-sekolah mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia. Ahli-ahli PBS3kn akan mengajar di sekolah-sekolah yang memohon sahaja.

PBS3kn juga dijemput dan terlibat dengan persediaan kecemasan dalam aktiviti sukan seperti larian, kejohanan bola sepak, kejohanan badminton dan sebagainya mengikut permohonan yang dibuat oleh sesebuah badan. PBS3kn dijemput adalah untuk membantu dari segi rawatan kecemasan jika berlaku kemalangan atau kecederaan sewaktu berlangsungnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Perkhidmatan ambulans juga disediakan jika dipohon dan bergantung kepada aktiviti yang dijalankan.

Setiap ahli yang terlibat dan dilantik sebagai fasilitator, menjadi tenaga pengajar di sekolah-sekolah dan yang bertugas untuk persediaan kecemasan akan sentiasa diberi latihan secukupnya. Setiap aktiviti dan program yang dikendalikan oleh ahli PBS3kn akan dipantau oleh pegawai-pegawai dari Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kelantan. Kami sedia memberi khidmat kepada anda, sekolah-sekolah, badan kerajaan atau NGO dan mana-mana agensi yang memerlukan bantuan kami dalam mengedalikan aktiviti, program, dari segi tenaga pengajar untuk pertolongan cemas dan kawat kaki dan mahupun dari segi perkhidmatan persediaan kecemasan. Jika anda mempunyai sebarang pertayaan atau memerlukan perkhidmatan kami, sila hubungi En Razali 019-9097296 @ 012-6336721, En Mohd Hilman 012-9481651 dan En Mohd Faizal 019-9242471.

0 comments